PENGENALAN INISIATIF BARU NCR
-
01
Wujud hasil daripada perbincangan Makmal (Lab) Bumiputera Sabah-Sarawak di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada Februari dan Mac 2010.
-
02
Diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 Julai 2010 di Miri bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk menerima pakai Inisiatif Baru NCR ini.
-
03
Usahasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
-
04
Inisiatif Baru NCR bermula pada tahun 2010 dan usaha ini masih diteruskan sehingga kini.
-
05
Tujuan untuk memberi jaminan pemilikan tanah NCR dan membawa kesejahteraan ekonomi kepada para pemilik tanah NCR melalui pembangunan tanah.
Peringkat Penyukatan yang terlibat
Langkah
01
Penyukatan Perimeter
Pengukuran perimeter dilaksanakan bagi mengenalpasti sempadan tanah Hak Adat Bumiputera yang sahih. Tanah Hak Adat Bumiputera akan diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri untuk kegunaan komuniti terlibat. Pewartaan ini menjamin pemilikan komunal tanah Hak Adat Bumiputera.
Langkah
02
Penyukatan Lot Individu
Pemilik-pemilik tanah Hak Adat Bumiputera harus mengenalpasti sempadan tanah masing-masing di dalam kawasan yang telah diwarta di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi memudahkan Jabatan ini melakukan penyukatan secara individu dan seterusnya mengeluarkan surat hakmilik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.
Kriteria permohonan kawasan untuk penyukatan tanah NCR di bawah inisiatif baharu
-
Kesediaan dan kerjasama semua penuntut tanah NCR yang telah diwartakan di bawah seksyen 6 KTN
-
Pemilik tanah mengenalpasti sempadan tanah dengan membuat rentisan yang jelas
-
Bebas daripada sebarang pertikaian sempadan dan tuntutan; dan
-
Pemilik tanah hadir semasa pengukuran dilaksanakan
Panduan perlaksanaan pengukuran dan pengeluaran Surat Hakmilik Tanah di bawah Seksyen 18 KTN ke atas lot-lot individu bagi tanah-tanah NCR yang telah diwarta di bawah Seksyen 6 KTN
-
Penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah bertujuan untuk memastikan segala urusan atau tindakan yang diperlukan sebelum dan semasa proses pengukuran diambil tindakan sewajarnya.
-
Untuk kawasan NCR yang mempunyai lebih daripada 5 kampung yang terletak jauh daripada satu sama lain, komuniti berkenaan adalah digalakkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil Biro Tanah yang akan memainkan peranan sama seperti Jawatankuasa Induk Biro Tanah tetapi pada skala tanggungjawab yang lebih kecil iaitu bertanggungjawab kepada hal ehwal dan isu-isu tanah bagi sesebuah rumah panjang atau kampung.
-
Jawatankuasa Induk Biro Tanah hendaklah terdiri daripada wakil-wakil penduduk kampung yang dihormati, dipercayai, pro-aktif, mudah dihubungi dan berkebolehan dalam menangani segala isu dan urusan berkaitan dengan pengukuran yang akan dijalankan.
-
Komposisi Jawatankuasa Induk Biro Tanah adalah seperti berikut:
- Penasihat;
- Pengerusi;
- Setiausaha;
- Timbalan Setiausaha;
- Bendahari dan
- Ahli Jawatankuasa Kecil.
-
Jawatankuasa ini berperanan mengenalpasti ahli-ahli Jawatankuasa Kecil di dalam kawasan yang akan diukur supaya setiap wakil penduduk dapat mengambil bahagian dalam proses pengukuran. (Sekiranya kawasan yang akan diukur tidak melebihi lima (5) buah Kampung atau Rumah Panjang, penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah adalah memadai).
-
Jawatankuasa Induk Biro Tanah bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang disenaraikan dibawah dilaksanakan dengan sewajarnya sebelum kerja ukur lapangan dilaksanakan:
- Bertindak sebagai Pemudahcara (Moderator) untuk kes pertikaian tanah dalam kawasan yang mahu disukat
- Memastikan komunikasi dua hala di antara Biro Tanah dan Pejabat Tanah dan Survei.
- Memastikan sebarang pertikaian antara penuntut telah diselesaikan dan pemilik-pemilik tanah secara sukarela merintis sempadan dan menandakan sempadan yang akan diukur menggunakan pancang kayu (piket) pada kedudukan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak (penuntut dan pemilik tanah bersebelahan).
-
Dalam usaha untuk memudahkan operasi pengukuran di lapangan, persediaan awal yang perlu dibuat oleh Jawatankuasa Induk Biro
Tanah adalah seperti berikut:
- Menyediakan Dokumentasi Tanah
Jawatankuasa Induk Biro Tanah dikehendaki untuk menyediakan dokumentasi tanah yang mengandungi perkara-perkara berikut; -
Merintis dan menandakan sempadan
Merintis dan menandakan sempadan adalah tanggungjawab pemilik tanah. Sebelum pasukan ukur turun ke lapangan, Jawatankuasa Biro Tanah hendaklah membuat perancangan bersama penduduk bagi mengenalpasti sempadan lot tanah mereka, menjalankan kerja-kerja merintis garis sempadan dan diikuti dengan penandaan sempadan. Sekiranya berlaku pertikaian, Jawatankuasa Biro Tanah hendaklah menyelesaikan pertikaian berkenaan dengan segera.
- Menyediakan Dokumentasi Tanah
Soalan-soalan Lazim (Frequently Asked Questions)
-
Permohonan tanah NCR boleh dikemukakan oleh Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat seperti Ketua Kampung, Tuai Rumah, Pemanca, Penghulu, Temenggong yang telah mendapat lantikan sah. Ahli Jawatankuasa Induk Biro Tanah yang telah dilantik oleh anakbiak/penduduk kampung juga boleh memohon sebagai wakil daripada kawasan tersebut.
-
Kriteria permohonan kawasan untuk penyukatan tanah NCR di bawah inisiatif baharu
- Kesediaan dan kerjasama semua penuntut tanah NCR yang telah diwartakan di bawah seksyen 6 KTN
- Pemilik tanah mengenalpasti sempadan tanah dengan membuat rentisan yang jelas
- Bebas daripada sebarang pertikaian sempadan dan tuntutan; dan
- Pemilik tanah hadir semasa pengukuran dilaksanakan
-
Berikut adalah Senarai Semak dokumen yang diperlukan:
- Surat permohonan
- Senarai nama JK Biro Tanah
- Senarai nama penuntut
- Pelan lakaran kasar lot individu
- Salinan minit mesyuarat
- Salinan lantikan JK Biro Tanah
- Salinan warta S.6 KTN
- Pelan S.6 KTN
-
Tiada.
-
Bila-bila masa sahaja setelah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera dibawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.
-
Penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah bertujuan untuk memastikan segala urusan atau tindakan yang diperlukan sebelum dan semasa proses pengukuran diambil tindakan sewajarnya.
-
Jawatankuasa Induk Biro Tanah hendaklah terdiri daripada wakil-wakil penduduk kampung yang dihormati, dipercayai, pro-aktif, mudah dihubungi dan berkebolehan dalam menangani segala isu dan urusan berkaitan dengan pengukuran yang akan dijalankan.
-
- Jawatankuasa ini berperanan mengenalpasti ahli-ahli Jawatankuasa Kecil di dalam kawasan yang akan diukur supaya setiap wakil penduduk dapat mengambil bahagian dalam proses pengukuran. (Sekiranya kawasan yang akan diukur tidak melebihi lima (5) buah Kampung atau Rumah Panjang, penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah adalah memadai).
- Jawatankuasa Induk Biro Tanah bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang disenaraikan dibawah dilaksanakan dengan sewajarnya sebelum kerja ukur lapangan dilaksanakan:
- Bertindak sebagai Pemudahcara (Moderator) untuk kes pertikaian tanah dalam kawasan yang mahu disukat
- Memastikan komunikasi dua hala di antara Biro Tanah dan Pejabat Tanah dan Survei.
- Memastikan sebarang pertikaian antara penuntut telah diselesaikan dan pemilik-pemilik tanah secara sukarela merintis sempadan dan menandakan sempadan yang akan diukur menggunakan pancang kayu (piket) pada kedudukan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak (penuntut dan pemilik tanah bersebelahan).
-
Dalam usaha untuk memudahkan operasi pengukuran di lapangan, persediaan awal yang perlu dibuat oleh Jawatankuasa Induk Biro Tanah adalah seperti berikut:
- Menyediakan Dokumentasi Tanah
Jawatankuasa Induk Biro Tanah dikehendaki untuk menyediakan dokumentasi tanah yang mengandungi perkara-perkara berikut:- Pelan lakaran tanah dan
- Jadual senarai nama para penuntut
- Merintis dan menandakan sempadan